Pelawak Mamat Sepah memberitahu dia tidak dapat hadir ke majlis pernikahan sahabatnya, Shuib kerana komitmen kerja dimana dia terlibat dengan program Mega Spontan 2023.
Memetik Astro Gempak, Mamat memohon maaf serta memberitahu dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan untuk mengucapkan tahniah.
BACA: Mamat Sepah Harap Jep & Shuib Jangan Berpecah
“Masa petang itu saya ada menghubungi Shuib. Dulu masa dia kahwin pun saya ada. Saya orang terakhir datang sebab ada penggambaran dan sangat sibuk masa itu.
“Jadi dipendekkan cerita, untuk yang kedua ini pula saya buat ‘video call’ dengan dia sekejap, walaupun ‘line’ tak berapa cantik saya hubungi dia.
“Saya kata ‘good luck brother’. Selamat pengantin baru, maaf saya tak dapat datang,” katanya.
Dalam pada itu, Mamat sempat mengimbas kembali momen ketika perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah Raissuddin. Malah, Mamat turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana pernah memberikan duit ketika perkahwinannya.
“Saya masih ingat, 10 jambang bunga ros saya beri pada arwah ketika itu. Masa saya datang, arwah menangis. Kemudian masa saya kahwin dulu, Shuib pernah beri saya duit, terima kasih Shuib, beribu dia kasi. Terima kasih.
“Saya tak dapat nak hadir. Selamat pengantin baru buat Shuib, saya doakan berkekalan hingga ke syurga,” katanya..