Mama Kartini Dedah Kisah Berputiknya Cinta Umi Abah Bilal
Umum mengetahui, selebriti popular Neelofa baru melancarkan Next To Neelofa musim kedua dimana program tersebut memaparkan perkongsian hati ke hati bersama tetamu undangan.
Menariknya kali ini salah satu episod memaparkan perkongsian ibu kepada selebriti itu iaitu Datin Noor Kartini yang berkongsikan detik berputiknya cinta antara Neelofa dan suaminya, Haris Ismail.
BACA: Selepas Dedah Wajah Bilal, Neelofa Dilihat Bercuti Di Langkawi
@lofa.page Mesti banyak rahsia Neelofa terbongkar dalam #nexttoneelofa bersama dengan Mama ? Mulai 22 Oktober 2022, setiap Sabtu, 10pm di AstroRia #neelofa
Menerusi satu video yang dikongsikan di aplikasi TikTok oleh peminat di [email protected], turut ditulis kapsyen pasti banyak rahsia Neelofa akan terbongkar dalam program itu.
Dalam sedutan pendek itu, Kartini memberitahu ketika itu Noor Nabila datang kepadanya serta mengatakan Neelofa menyukai pendakwah bebas tersebut.
Kata Kartini lagi Nabila memberitahu, Neelofa sanggup naik ke tingkat tiga semata-mata mahu mengambil pen untuk Haris.
“Nabila datang pada mama. Dia kata Neelofa tu suka dengan Haris. Sebab masa tu tengah belajar, jadi Haris nak pen. Neelofa tu sanggup naik ke tingkat tiga, pergi ambil pen,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar untuk menonton episod tersebut untuk mengetahui apa lagi yang akan dibongkarkan oleh Kartini.
Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Euwwww
ko hingat ko Kim K ke .. hahaha… apa2 je la… asal ko satu famili bahagia ..
Diorg ni anak beranak ada masalah ain laa. Suka citer kt public hal family diorg mcm laa menarik kisah keluarga budu ni! Walaupun hari2 mengaji Quran dpt menantu ustaz program TV tp kalau hati tu bermasalah suka riak menunjuk2 kt public tu maknanya bermasalah laa!!!!
nanti jemput para PA2 mereka nak berguru mcm.mana menipu dan membohong supaya terlepas MELANGKAWI NILAI karpet teh
nanti jemput para PA2 mereka nak berguru mcm.mana menipu dan membohong supaya terlepas MELANGKAWI NILAI karpet teh.
nak belajar dari orang warak
Orang baik Allah uji untk naikkan darjat.. jadi umpat keji tu salah satu bentuk ujian Allah nak bg pahala dan naikkan darjat. Semoga neelofa dan family Allah kurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.. Amin..
Faham la kan kenape anak2 gitu. Mak gila fame. Paki kelate. Lol.