Makan Sepinggan Rapatkan Hubungan Fizi Ali & Isteri

Penyampai radio, Fizi Ali dilihat ada memuat naik video momen makan sepinggan bersama isterinya, Siti Zulaikha.

Menerusi hantaran itu, Fizi berkata apabila anak-anak berehat di bilik, dia dan isteri mempunyai masa kualiti bersama sekaligus merapatkan hubungan mereka.

BACA: Fizi Ali Nafi Isteri Terlibat Pendaftaran Sekolah Ameena, Tegur Shakilla Merentan Di IG

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

“Bila anak-anak berehat dekat bilik masing-masing..ini la masa dapat kongsi momen sama-sama..makan berkongsi macam ni mula-mula sebab nak jimat pinggan sekarang jadi kebiasaan pulak.

“Seronok makan berebut siapa dapat dulu, siapa mengalah dulu..tapi tu yang merapatkan lagi hubungan,” katanya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Fizi dan isteri bergurau senda sambil menyuap makanan. Diruangan komen, rata-rata netizen berkata memang seronok makan berkongsi suami isteri sekaligus mengeratkan lagi hubungan.

Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nurraisya Sofea kini berusia setahun.

×