Mak Wan Latah Tak Serik Kahwin Lagi

Meskipun berdepan episod hitam kegagalan dalam rumah tangga, pelakon veteran Mak Wan berkata dia tidak pernah serik untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Memetik mStar Online, pelakon berusia 62 tahun itu tidak mampu menolak takdir jika bertemu jodoh suatu hari nanti, namun sekiranya mahu mencari penggnati biarlah atas pilihan sendiri.

BACA: Mak Wan Latah Sedih Hampir Setahun Tiada Job

“Kita tak boleh nak menolak takdir. Nak kata serik memang serik apa yang berlaku tapi ketentuan Allah kita tak tahu sebab itu Allah bagi ujian.

“Saya reda. Nak tolak (jodoh) itu tidak. Biarlah saya cari calin sendiri. Kalau dipadankan, dia bagi gambar lain, nanti jumpa orangnya lain. Apa-apa pun soal jodoh saya serah ketentuan-Nya,” katanya.

Mengenai perkahwinannya sebelum ini dengan Husian Dolah yang hanya bertahan tiga bulan sahaja, Mak Wan berkata mereka tidak dapat meneruskan hubungan kerana kesibukan kerja serta menerima perpisahan dengan hati terbuka.

“Itulah namanya jodoh. Allah mungkin menguji rumah tangga saya untuk cuba bertahan dalam masa setahun..tapi tidak sampai. Perkahwinan hanya bertahan selama tiga bulan.

“Dalam tempoh perkahwinan itu juga, saya hanya bertemu dengannya selama tiga hari. Saya banyak berada di KL kerana menjalani penggambaran drama. Saya suruh dia datang KL, dia tak mahu. Saya reda dan terima dengan rela hati,” katanya.

Terdahulu, Mak Wan berkahwin dengan Husian pada 22 Januari tahun lalu, namun bercerai pada 21 April selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

×