Umum mengetahui, pelakon Hafidz Roshdi telah selamat bernikah untuk kali kedua bersama wanita bernama Athira Yuhada pada 16 Disember lalu.
Menerusi video dikongsikan Melodi, mereka sempat menemu bual pasangan tersebut serta ahli keluarga Hafidz.
BACA: Isteri Hafidz Roshdi Teruk Kena Sindir Di Media Sosial
@melodiberapi Pelakon Hafidz Roshdi memohon agar peminatnya mendokan kebahagian rumahtangga yang dibina ini. #meloditv3 #fyp??viral #hafidzroshdi #kahwin #athira #ceritaartismalaysia #suhada #sensasi #panas
Turut menjadi perhatian ucapan ibu Hafidz iaitu Haniza Mohd Jabar mendoakan agar rumah tangga anaknya bersama Athira kekal hingga ke syurga serta mengucapkan sayang buat kedua mereka.
“Mak doa kamu berdua berbahagia hingga ke Jannah, mak sayang dua dua,” tulisnya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nurul Shuhada.