Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mengakui dia tidak mempunyai darah Melayu serta menjelaskan ibunya berketurunan Arab dan bapanya pula keturunan Pakistan.
Menerusi video siaran langsung yang dimuat naik semula oleh netizen, Ameera berkata dia bukan tidak mahu mengaku dirinya berbangsa Melayu tetapi ibu bapanya tiada darah Melayu.
BACA: Netizen Kagum Tengok Pinggang Ramping Ameera Khan
@_inc3s
“Bukan tak nak mengaku Melayu tapi mak ayah saya tiada darah Melayu. Mak saya Arab dan ayah adalah Pakistan, tiada darah Melayu. Tapi lahir dan membesar kat sini (Kelantan) mestilah boleh cakap Melayu, loghat Kelantan terutamanya.
“Bagaimana mak dan keluarga saya tinggal di Kelantan, saya tahu cerita disebalik kisah tersebut yang diberitahu oleh atok tapi tak ingat,” katanya.
Menurut Ameera lagi, jika ada yang bertanya mengenai keturunanya dia akan cakap dirinya Melayu kerana lebih memudahkan serta bagi mengelakkan kecaman.
“Tapi selalunya orang tanya Melayu ke? Saya mengaku sahaja sebab dah cakap dalam bahasa Melayu nanti orang kata tak sedar diri pula. Bukannya tak nak mengaku Melayu tapi mak ayah saya tiada darah Melayu nak mengaku buat apa?
“Tapi sekarang faham dah, bila saya cakap tiada darah Melayu orang akan kritik saya. Jadi saya hanya mengaku saja,” katanya.