Hangat diperkatakan mengenai isu majlis graduasi anak-anak yang diadakan di hotel, pelakon Datuk Fizz Fairuz berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya berkira untuk mengeluarkan duit.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fizz berkata majlis yang dianjurkan hanya setahun sekali sahaja dan sudah pasti dipersetujui oleh ibu bapa yang lain.
BACA: Almy Nadia Dedah Sebab Fizz Fairuz Tak Bagi Kurus
“Sekolah buat dekat tempat yang selesa dikatakan tidak sesuai. Bila buat dekat sekolah je dikatakan, tak ada tmepat lain ke nak buat dengan panasnya.
“Semua benda tak betullah zaman sekarang ini. Untuk anak-anak bagi sajalah. Mereka buat sebab PIBG dah setuju dan ibu bapa juga dah setuju. Kalau tak setuju mereka tak buat,” katanya.
Sementara itu, Fizz turut memberi pendapat jika ibu bapa boleh membeli barangan mahal-mahal untuk diri sendiri takkan dengan anak-anak perlu berkira.
“Setahun sekali, bukan hari-hari keluar RM150, RM250 tu. Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh. Takkan untuk anak nak berkira. Itu pendapat sayalah,” katanya.
Baru-baru ini, pelakon Andrea Abdullah mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang menjadikan trend menganjurkan hari graduasi di hotel dengan kadar bayaran RM150 hingga RM250 untuk setiap pelajar.