fbpx

Macam mana nak urus staf ketika negara kita masih lagi berperang dengan wabak pandemik COVID-19? Mungkin ini antara perkara yang berlegar-legar kat kepala anda sekiranya anda adalah majikan, betul tak?

Kami faham, dengan keadaan sekarang ni, tipu sangat kalau bisnes anda tak terkesan dengan ekonomi negara yang sedikit terkesan akibat wabak ni. Nak jadi macam dulu pun dah susah. Tak boleh gerak sana sini. Semak kepala betul fikir. Macam mana nak gajikan pekerja kalau bisnes pun terumbang ambing?

Apa Itu PSU 2.0?

Gais, jangan risau. Bila kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan Program Subsidi Upah pada 23 September lalu, yang dikenali sebagai Program Subsidi Upah (PSU) 2.0, ramai majikan yang senyum sampai telinga. Yelah dah tak perlu risau lagi untuk gajikan staf.

Untuk anda yang tak berapa faham apa itu PSU 2.0 ni, ia adalah lanjutan daripada PSU pusingan pertama yang mula diperkenalkan pada 1 April 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Subsidi upah bagi PSU adalah untuk tempoh 3 bulan. Pada 5 Jun, bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan di bawah PENJANA. Bermakna 6 bulan lah tempohnya.

Masih Boleh Memohon

Majikan masih boleh memohon Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 di bawah Pakej Kita Prihatin yang dibuka sehingga 31 Disember 2020.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pun ada berkata, Belanjawan 2021 telah memperuntukkan RM1.5 bilion untuk melanjutkan PSU selama 3 bulan lagi bagi membantu 70,000 majikan dan 900,000 pekerja terutamanya sektor pelancongan dan peruncitan. Haa…dah boleh tarik nafas lega dah.

Masa inilah anda sebagai majikan boleh membantu staf anda. Jangan buang staf dulu ya. Kasihan, staf pun ada keluarga juga untuk diberikan makan minum.

Kalau anda nak tahu, tujuan PSU yang bermula berkuatkuasa pada 1 Oktober ini adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat. Dan yang paling penting untuk elakkan staf hilang kerja dan punca pendapatan.

Program Subsidi Upah ini juga mengutamakan kemampuan usahawan untuk mengekalkan kapasiti perniagaan mereka. Kepada majikan yang terkesan, anda perlu sahut bantuan Kerajaan supaya anda boleh mengekalkan kapasiti operasi dan memastikan syarikat anda bertambah baik nanti.

Adakah Anda Layak Memohon PSU 2.0?

Nak tahu layak ke tak, anda tengok list kat bawah ni okay.

1. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September
2. Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT / atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 September 2020
3. Majikan yang tidak berdaftar dengan LHDN
4. Pekerja yang yang bergaji bulanan melebihi RM 4,000
5. Pekerja yang telah diberhentikan kerja
6. Pekerja yang digajikan di bawah program PenjayaKerjaya (My Future Jobs)
7. Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, PBT dan mereka yang bekerja sendiri iaitu yang tidak mempunyai majikan
8. Pekerja asing, pegawai dagang
9. Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 2.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO

Kalau anda masih blur-blur tentang PSU 2.0 ni, jangan risau. Anda boleh terus KLIK DI SINI.

Untuk jadi seorang majikan bukan boleh seronok nak duduk bersila jer. Banyak tanggungjawab yang anda perlu ambik berat dan teliti dengan semua perkara yang dilakukan yer. Jadilah seorang majikan yang bertanggungjawab dan berdedikasi!