Nampaknya, perkongsian anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi perhatian di media sosial.
Menerusi perkongsian di TikTok itu, Leona dilihat memuat naik fotonya memakai dress pendek berwarna merah jambu dalam bentuk video.
BACA: Leona Perlukan Terapi, Netizen Nasihat Dekati Tuhan
Namun, apa yang lebih menjadi bualan apabila Leona turut menyediakan borang permohonan mencari teman lelaki. Malah, Leona turut menyertakan kapsyen seolah dia serius mencari teman lelaki.
Menerusi borang tersebut, individu yang ingin membuat permohonan perlu menyenaraikan maklumat diri, Top 5 lagu, 5 fakta mengenai diri serta beberapa soalan lain. Diruangan komen, Leona turut memberitahu borang tersebut bukan dibuat sendiri sebaliknya diambil di TikTok.
Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai yang mahu mencuba nasib untuk menjadi teman lelaki personaliti media sosial itu.
Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan mengenai kelayakan gaji minimum jika mahu mencuba nasib menjadi kekasih anak kepada Azhar Sulaiman itu.