Mahu 8 Orang Anak, Rupanya Iqbal Zulkefli Ada Impian Nak 2 Isteri
Baru-baru ini, perkongsian usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila memuat naik kenyataan di Insta Story bahawa dirinya terlalu subur.
Memetik mStar Online, Iqbal berkata meskipun dia disahkan subur dan mudah mendapatkan cahaya mata namun dia percaya rezeki zuriat itu datang daripada Allah.
BACA: Terlalu Subur, Doktor Sarankan Iqbal Zulkefli Kahwin Cepat
“Tentang subur macam mana pun kalau tiada rezeki pun tak guna… itu semua Allah yang tentukan. Dan saya tak boleh nak bercakap lebih-lebih sebab saya belum berkahwin.
“Orang yang dah berkahwin lebih tahu betapa susahnya nak dapat anak dan saya bukan pakar pun dalam bidang ni. Cuma saya harap bila cerita ni viral ia akan disambut oleh pihak yang lebih pakar untuk menjelaskan,” katanya.
Menurut Iqbal lagi, dia mengakui terkejut selepas pendedahannya itu ramai wanita mengajaknya berkahwin, namun usahawan itu berkata berkahwin bukan perkara mudah.
“Ramai 40 tahun ke atas, yang anak dara pun ada juga. Saya pun terkejut ada orang yang ajak kahwin. Tapi tak semudah itu nak kahwin, kalau tak tak ada saya ambil anak angkat dulu,” katanya.
Ditanya mahu berapa orang cahaya mata jika berkahwin suatu hari nanti, Iqbal berkata dia inginkan 8 orang anak.
“Tak ramai, dalam 8 macam tu je. Kalau kahwin dua, 16 anak. Tapi tak adala, saya kahwin sorang je kot. Tengok keadaan la, kalau rasa nak kahwin dua, kahwin dua,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Farizan oo farizan minat betul ko kt nate sekor ni eh
patut la tak berjodoh dengan dsv nanti makan hati dia kalau mamat ni nak tambah bini. dah pasang niat tu
berani ke ?
Farizan ni sape pulak? Lawyer, engineer, majistrate?
@VladDrakul, author post ni… kat atas tu ada publish…
@VladDrakul, author post ni… kat atas tu ada publish…
Farizan suka hisap kote Iqbal
Atleast he’s being honest.
Alah korang. Senang2 yang lesbo tu ko ajak je partner ko kawen dgn dia. Sekali jalan. Hidup bahagia ler komeee ahahhahahah
Heran mengapa dia ni kerap sangat diberi perhatian oleh RotiKaya. Bukanlah ada bakat, kehebatan apa.
Cuba perhatikan siapa yang dok tulis tu. Jangan-jangan “ada masyuk”.
try hard sangat nak nampak streqk