“Mahkamah Syariah Pun, Saya Tak Tahu Kat Mana” – Kamal Adli

Pelakon Kamal Adli berkata dia tidak tahu dimana mahkamah syariah apabila ditanya mengenai dakwaan ada pihak melihat kehadirannya dan isteri, Uqasha Senrose ke satu mahkamah syariah.

Memetik Harian Metro, Kamal berkata dia sayangkan isteri dan anaknya, malah dia akan ke hadapan jika sesuatu berlaku kepada rumah tangganya.

BACA: Uqasha Senrose Bercuti Dengan Keluarga, Netizen Tanya Mana Kamal Adli?

“Mahkamah Syariah pun, saya tak tahu kat mana. “Doakan yang terbaik. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu. Kalau ada apa berlaku pun, sebelum berlaku, saya sebagai lelaki akan ke depan.

“Saya biarkan perempuan saya buat benda itu semua. Insya-Allah, saya sayang anak, isteri dan keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, Kamal berkata dakwaan mengenai pergolakan rumah tanggnya timbul kerana beberapa sebab antaranya ‘virus’ perceraian dikalangan selebriti dan kurang kongsi gambar bersama.

“Itu kami terjebak dengan ‘virus’ yang keluar sebelum ini, yang mana banyak kawan-kawan yang ada masalah (rumah tangga) itu dan orang cakap, ‘oh, mereka pun begini juga’.

“Jadi, benda itu jadi macam merebak pula sampai ada yang pertikai kenapa kami dah lama tak bergambar bersama dan ada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal berkata dia ingin menggantikan semula waktu-waktu yang dia terlepas bersama Uqasha dan anak mereka, Hawra Uqaira kerana sebelum ini sibuk dengan penggambaran.

“Sebelum enam bulan ini pun, bahkan semasa Uqasha mengandung pun saya banyak ‘outstation’, penggambaran Takluk di Sabah dan Munajat Kasih di Kelantan. Jadi, saya banyak meninggalkan Uqasha dengan Hawra. Jadi, saya nak gantikan semula,” katanya.

SUMBER: Harian Metro