Ini adalah perkhabaran tidak rasmi kami terima dari beberapa individu di Twitter.

Pihak Astro khabarnya sekarang sedang giat mempersiapkan sebuah program baru untuk tatapan para peminat hiburan Malaysia & nusantara.


Jika program Maharaja Lawak sebelum ini yang di’juarai kumpulan Sepah boleh di’katakan sebagai sebuah program yang berjaya, mereka kali ini ingin tampil lebih hebat.

Program terbaru terbitan Astro ini akan berjudul Maharaja Lawak Mega, namanya pun sudah mega, bukan setakat tahap maharaja.

Khabarnya Maharaja Lawak Mega ini bakal menampilkan pelawak pelawak dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Antara selebriti tempatan awal yang kami tahu menyertai Maharaja Lawak Mega ini ialah Bob KU2 & Afdlin Shauki yang mengirimkan gambar mereka ketika rakaman promo program baru ini.


Tidak pasti sama ada penglibatan Afdlin Shauki sebagai peserta atau juri, namun yang kami harapkan program ini mampu menarik penonton seperti mana Maharaja Lawak.

Gambar di sebalik tabir promo Maharaja Lawak Mega kiriman Afdlin Shauki & Bob KU2 selepas ini. Terima kasih @SelebriTweetsEnjoice