fbpx

“Maaf Jika Pokok Krismas Buat Agama Terpesong”

Makin parah masyarakat kita sekarang bila suka menjatuh hukum sesuka hati walaupu tidak tahu hal sebenar. Begitulah yang terjadi kepada Aeril Zafrel apabila gambar anaknya bergambar dengan pokok krismas dikecam hingga mempersoalkan nilai agama.

BACA: Aeril Zafrel Bina Badan Demi Wawa Zainal

“Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama. Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk,” katanya kepada m Star Online.

Menerusi akaun Instagram, Aeril menjelaskan anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa bergambar dengan pokok krismas yang ada di hotel penginapan mereka dan bukan di rumah mereka. Mungkin ramai yang terlalu ‘lurus’ menganggap Aeril menyambut perayaan tersebut.

Selain itu, Aeril juga sempat memohon maaf kepada sesiapa yang merasakan agama anaknya terpesong hanya kerana bergambar dengan pokok krismas. Rasanya bukan anak Aeril saja, memang kebanyakkan kanak-kanak memang sukakan lampu-lampu di pokok krismas, jadi tak peliklah kalau bergambar.

Sedih bila mendengar sikap rakyat Malaysia sekarang yang banyak menaip dari berfikir dengan bijak. Teringat pula kes Amyra Rosli memuat naik gambar susukan anaknya menggunkan botol susu. Teruk dikecamnya, padahal siapa tahu susu dalam botol tu susu formula atau susu ibunya. Haih! (rtky/w)