fbpx

Luqman Hafidz Kunci Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Pelakon Luqman Hafidz berkata dia belum bersedia untuk menjawab spekulasi rumah tangganya dengan isteri,Nurul Atiqah Mad Apandi yang didakwa bermasalah.

Memetik Kosmo, rumah tangga pelakon itu didakwa sedang bermasalah selepas dilihat tidak lagi berkongsikan gambar keluarga di media sosial.

Menurut pelakon yang popular menerusi filem Ola Bola itu lagi, dia akan menjelaskan perkara sebenar apabila tiba waktunya nanti apatah lagi ada hati perlu dijaga.

“Bila tiba waktu dan saya sudah ada kekuatan, saya akan kongsikan. Banyak hati yang perlu saya jaga termasuk keluarga dan pihak pengurusan.

“Buat masa sekarang biarlah saya ‘happy’ dulu dan susah untuk saya kongsikan perkara yang agak berat begini (rumah tangga),” katanya.

Dalam pada itu, Luqman enggan berkongsikan kisah rumah tangganya di media sosial kerana tidak mahu hal peribadinya menjadi buat mulut netizen. 

“Sejak dulu saya memang tidak berkongsi kisah peribadi kerana enggan menjadikan apa-apa isu sebagai ‘peluru’ untuk netizen menyerang saya.

“Saya faham sebagai anak seni, kita tidak boleh lari daripada persepsi orang. Saya hormat setiap pandangan netizen dan mengharapkan perkara sama daripada mereka,” katanya.

Luqman mendirikan rumah tangga bersama isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi pada 20 Mac 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eve Laura  kini berusia setahun lapan bulan.