Pelakon dan penyanyi Farahdhiya berseloroh mengatakan dia masih mempunyai harapan untuk bertemu jodoh selepas melihat pelakon Indonesia, Luna Maya yang sudah bernikah pada usia 42 tahun.
Menerusi perkongsian di Instagram, Farahdhiya turut bergurau sama ada dia perlu mencari pasangan yang muda seperti Luna yang berbeza usia 10 tahun dengan suaminya.
BACA: Dah Tempah Lokasi Pertunangan, Farahdhiya Masih Pilih Calon Yang Sesuai
“Semalam ternampak Luna Maya kahwin usia 42, jadi saya masih lagi ada harapan la kan? Ke kena cari yang muda-muda pula macam Luna? Kepom tolong jawab please @iamellymazlein. Terima kasih dua ketul kesayangan saya sambut hari jadi saya. Sayang kamu,” tulisnya.
Pada Rabu lalu, Luna Maya selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam satu majlis yang diadakan di Bali Indonesia. Meskipun berbeza usia 10 tahun, namun tidak menghalang pasangan itu menjalin hubungan cinta dan akhirnya selamat mendirikan rumah tangga.