Dah Tempah Lokasi Pertunangan, Farahdhiya Masih Pilih Calon Yang Sesuai
Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi Farahdhiya menjadi perhatian apabila memuat naik memaparkan dirinya sedang duduk di atas sebuah pelamin.
Menerusi perkongsian itu, Farahdhiya berkata dia sudah pun membuat tempahan tempat pertunangan namun masih tiada calon yang sesuai.
BACA: Perempuan Lain Suka Pergi Butik LV, Farahdhiya Seronok Pergi Pasar Tani
View this post on Instagram
Perkongsian Farahdhiya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen meskipun tahu pelakon itu hanya berseloroh sahaja.
Malah, ada yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan pelakon itu serta bersama-sama duduk di pelamin berkenaan.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan ramai lelaki beratur untuk jadi calon. Komen itu dibalas oleh Faradhiya yang mengatakan ramai calon namun tidak melepasi piawaian.
terlalu memilih..menunggu jodoh datang dtg depan mata. umur pun meningkat. jenis x kawin pun xpe janji bahagia.
Alahai dulu dengan hattan kenapa boleh je. Huhu