fbpx

Kaka Azraff yang cukup popular dengan lagu seperti ‘Bukan Hal Aku’ dan ‘Gila’ hasil gandingan bersama Loca B serta Noki ini baru sahaja mengeluarkan lagu kolaborasi bersama PETRONAS yang berjudul ‘Siapa Kata’.

Jadi Inspirasi!

Lagu terbaharu yang dikeluarkan sempena Hari Malaysia ini turut menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muda terutamanya untuk terus berkarya dalam hidup serta mengubah impian jadi kenyataan.

Bukan itu je, lirik yang disampaikan dalam lagu ini juga mempunyai kata-kata motivasi yang mampu menerap dan membakar semangat juang anda! Serius meremang bila anda teliti bait-bait lirik yang disampaikan Kaka Azraff dalam lagu ‘Siapa Kata’ ini.

Kami pasti, anda dapat membuka lembaran baru untuk terus bersemangat berjuang sekuat tenaga untuk menggapai impian yang diinginkan selama ini!

Jadi, pada anda yang sedang bersedih, mudah putus asa dan pernah ‘jatuh’ dalam hidup, dengarlah lagu ‘Siapa Kata’ ini. Confirm bila dengar je lagu ini automatik anda terus rasa bersemangat. Anda boleh terus download di Spotify atau Joox.

Paling penting jangan mudah rasa putus asa dan ingin menyerah. Dare to dream! Sentiasa pastikan bahawa tak kira apa pun cabaran, tak kira betapa ‘sempit’ pun masa, jangan pernah putus asa! Jangan pernah berhenti bermimpi okay!

Tiada Yang Mustahil!

Anda kena jadi macam PETRONAS yang dapat memecah stereotaip masyarakat apabila salah satu stesen minyaknya, menjangkaui kebiasaan dengan menjual barang-barang lain yang tidak biasa dijual di sebuah stesyen minyak. Sangat memberi inspirasi gais.

Kisah yang kami maksudkan adalah stesen minyak PETRONAS di Pendang, Kedah yang tular baru-baru ini apabila menjual pelbagai barang termasuklah keperluan dapur seperti rempah ratus, sayur-sayuran dan bermacam lagi!

Dah macam mini market tau. Memang kami sendiri pun tak expect stesen minyak boleh jual semua benda ni. Padu kan? Tapi itulah, tiada yang mustahil pun!

Jadikan kisah seperti ini sebagai inspirasi dalam hidup anda. Tidak salah bermimpi dan berimpian. Tak payah bayar pun, ‘PERCUMA’ je. Jadikan perkara yang mustahil itu kenyataan! Biar je mulut orang berkata-kata yang penting impian yang anda nak itu tercapai. Faham?

Jom layan lagu ini untuk kita lebih bersemangat dan berinspirasi mengejar impian!