Sekian lama menyepi dari dunia lakonan, ada pihak mendakwa Liyana Jasmay terpaksa menolak tawaran berlakon kerana tidak mendapat keizinan suami. Bagaimanapun Liyana menafikan tuduhan tersebut selain memaklumkan bakal bergiat aktif semula selepas Aidilfitri.

“Saya berharap mendapat tawaran menarik. Kalau boleh, biarlah berbeza. Agak lama juga saya tak mencuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Alhamdulillah, setakat ini, suami masih mengizinkan saya berlakon”


“Tetapi dia keberatan jika penggambaran dilakukan di luar negara. Ini kerana dia rasa kurang selamat,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai kerjayanya yang masih diteruskan walaupun sudah berkahwin.

Manakala bercerita pula mengenai perkembangan keluarga kecil beliau, Liyana akui hidupnya tidak terurus andai tiada pembantu rumah membantunya menguruskan keperluan harian. Pun begitu jika berkaitan keperluan suaminya, Liyana lebih selesa menguruskan sendiri. (rtky/w)