fbpx

Liyana Jasmay Mahukan Khidmat Komposer Indonesia Untuk Album Kedua

Selepas beberapa hari bertarung dengan raksasa dalam server yang kami duduki, akhir’nya laman hiburan kesayangan anda semua kembali stabil — seperti ekonomi Malaysia.

Jika ada rakan rakan yang tidak boleh akses, minta mereka kosongkan cache pelayar web masing masing dan cuba sekali lagi. Liyana Jasmay, okay Liyana Jasmay.

Cinema Online hari ini melaporkan yang penyanyi & pelakon Liyana Jasmay kini sedang merancang untuk merakamkan album kedua selepas kejayaan album pertama dengan single Aku Tak Percaya Cinta.

Demi mencari kelainan, Liyana Jasmay bercadang terbang ke Indonesia mencari komposer berbakat dari sana untuk bekerjasama dalam album terbarunya nanti.

Menurut Liyana Jasmay yang kini sudah pun bergelar penerbit & mempunyai syarikat produksi sendiri — beliau bukan memandang rendah bakat komposer tempatan tetapi ini lebih kepada mencuba sesuatu yang baru.

Liyana Jasmay turut menamakan Rian d’Masiv & Ari Lasso sebagai dua orang komposer Indonesia yang beliau ingin jumpa & seterusnya bekerjasama untuk album terbaru. Gambar dari Instagram Liyana Jasmay