fbpx

Lisdawati Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Pelakon Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi telah selamat menimang bayi lelaki semalam dengan berat sebanyak 3.54 kilogram. Menurut Fauzi, anak dan isterinya kini dalam keadaan yang baik biarpun berat bayi berat dari jangkaan.

BACA: Lisdawati Selamat Melahirkan Anak Ketiga, Sabtu Lalu

“Alhamdulillah isteri dan anak saya dalam keadaan baik selepas melahirkan anak kami seberat 3.54 kilogram. Buat masa ini belum ada nama tetapi memang sudah berbincang dengan isteri untuk memberi nama mempunyai makna yang baik”

Cahaya mata lelaki ini merupakan anak kelapan Fauzi dan keempat bagi Lisdawati. Bagi Fauzi, beliau memang suka mempunyai anak yang ramai kerana gemar keluarga yang besar untuk mereka suami isteri.

“Saya ini tidak kaya harta tetapi memang saya suka harta akhirat iaitu anak-anak. Bagi saya ini adalah amanah untuk kami suami isteri,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai berita gembira itu. (rtky/w)