fbpx

Lisa Surihani, Yusry KRU Serah Soal Anak Kepada Takdir

Setiap kali soalan kisah rumahtangga di’ajukan kepada Lisa Surihani, pastinya tidak terlepas akan soalan bilakah beliau & Yusry KRU merancang untuk timang cahayamata pertama selepas lebih setahun berkahwin.

Bercakap kepada Sinar Harian baru baru ini, Lisa Surihani menganggap zuriat adalah kurniaan rezeki dari Allah S.W.T dan beliau & suami hanya mampu berserah kepada takdir Yang Maha Esa.

“Saya dan Yusry tidak pernah merancang kerana anak adalah permata buat kami berdua. Kalau kami merancang pun mungkin apabila mahu mengandung anak kedua”

“Malah dalam Islam sendiri pun kita digalakkan merancang & ia bergantung atas sebab tertentu seperti kewangan atau sebagainya”

“Bagi memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa saya dan Yusry sudah lama bersedia tapi ini rezeki Allah SWT & saya berharap peminat doakan yang terbaik buat kami untuk mendapat zuriat yang baik akhlaknya”

Lisa Surihani turut berkata yang beliau memang sukakan kanak kanak selepas mendapat pengalaman mengajar kanak kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama dahulu.