fbpx

Lisa Surihani, Yusry Bawa Anak-Anak Beraya Ke Manchester

Pelakon Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim serta anak-anak berangkat ke Manchester, United Kingdom (UK) semalam bagi menyambut Hari Raya bersama adik ipar, Edry Abd Halim yang bermastautin di sana.

Memetik BH Online, Lisa berkata suaminya, Yusry dapat bercuti panjang pada Syawal kali ini dan mereka mengambil peluang untuk bercuti ke UK.

BACA: Yusry, Lisa Surihani Dipuji Diam-Diam Tunai Umrah

Kata Lisa lagi, pada awalnya Edry mahu pulang ke Malaysia untuk beraya namun Yusry membuat keputusan untuk ke UK.

“Alhamdulillah suami dapat bercuti lama sedikit kali ini. Sebelum ini, suami habiskan masa yang panjang untuk menyempurnakan kerja. Jadi, sebaik suami mendapat cuti panjang, kami meneruskan perancangan melawat Edry.

“Pada awalnya, Edry merancang balik raya tetapi selepas Yusry memutuskan mahu ke UK, dia tunda dahulu kepulangan bersama keluarganya. Sambil membawa anak bercuti, kami juga mahu mereka merasai pengalaman beraya di negara orang,” katanya.

Berkongsi mengenai tema raya tahun ini, Lisa berkata anak sulungnya iaitu Yahaira Leanne dan suami yang membuat pilihan.

“Untuk Syawal pertama, Yahaira pilih warna kuning cerah. Yusry pula mahu persalinan rona kelabu,” katanya.