fbpx

Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak

Meski berjaya menggondoli trofi Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) dengan menewaskan nama nama besar lain seperti Yana Samsudin pada malam Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya Jumaat lalu, Lisa Surihani tidak menganggap dirinya layak digelar pelawak.

Jelas Lisa dia hanya mengetahui namanya turut tercalon dalam kategori tersebut sehari sebelum anugerah itu berlangsung.

Ujar Lisa dia langsung tidak meletak sebarang harapan sejurus mengetahui namanya tercalon. Dia sendiri sedar dia hanya mampu melawak ketika bersama ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

“Bayangkan Lisa sendiri baru tahu Lisa bertanding semalam. Ingatkan Lisa kena sampaikan anugerah buat pemenang sahaja. Sampaikan ucapan Lisa pun entah apa-apa je tadi”

“Lisa sememangnya hendak mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Bernard Chauly kerana dia yang bertanggungjawab menonjolkan sisi lain dalam diri Lisa”

“Pada Lisa, kalau selepas ni ada yang menawarkan watak komedi, Lisa akan terima tapi nak menjadikan komedi sebagai Lisa punya keutamaan, belum mampu lagi agaknya,” ujar Lisa Surihani tersenyum penuh makna.

Pada malam Anugerah Lawak Warna, filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly telah menggondol empat anugerah utama selain di’angkat sebagai penerima anugerah Filem Komedi Terbaik.

Filem yang dibintangi Lisa Surihani dan Beto Khusyairi itu berjaya memenangi kategori Filem Komedi Terbaik, Pengarah Filem Komedi Terbaik, Filem dan Lakon Layar Komedi Terbaik dan Pelakon Komedi Wanita Terbaik.

Pada perkembangan lain, Lisa Surihani bakal menjadi hos untuk sebuah program berbentuk hiburan berkerjasama dengan RTM bermula pada bulan hadapan.