Kami sebenarnya lebih tertarik dengan hasil sesi fotografi Lisa Surihani bersama majalah Esquire versi Malaysia ini dari kisah beliau yang masih malu setiap kali bertemu peminat di luar.

Sesi fotografi ini diadakan di Bukit Gasing Forest Park yang Lisa Surihani sendiri mengakui dalam temubual bersama majalah memfokuskan lelaki ini tidak tahu akan kewujudannya walaupun nenek beliau tinggal berdekatan.


Lisa Surihani nampak sangat manis dan cantik mengenakan persalinan dari McQ by Alexander McQueen dan anda boleh lihat beberapa keping gambar dari Esquire Malaysia yang ada kami lampirkan dibawah.

Satu perkara menarik didedahkan oleh Lisa Surihani dalam temubual adalah beliau sebenarnya masih rasa malu apabila ada peminat menegur & meminta untuk mengambil gambar ketika sedang keluar bersama suaminya Yusry KRU atau ahli keluarga lain.

“I’ve never shared this in an interview but when I’m out with my family or my husband & suddenly someone comes up and says, ‘Can we take a picture?’, it’s not that we don’t want to”

“I feel proud about it, but I feel shy about it too. I’ve never gotten used to it. I hope it’s good, but sometimes, it’s misunderstood,” kongsi Lisa Surihani.

Kami juga baru tahu yang Lisa Surihani melalui semua filem lakonan beliau sehingga hari ini telah mengutip lebih RM45 juta secara keseluruhan dan ini termasuklah Istanbul Aku Datang dan Lagenda Budak Setan. Kisah penuh dalam Esquire Malaysia edisi Oktober 2013.