fbpx

Lisa Surihani Berhenti Rehat Seketika Dari Lakonan

Pelakon Lisa Surihani yang turut membintangi filem Cicakman 3, menjelaskan bahawa dia kini sedang bercuti sementara waktu untuk memberikan tumpuannya pada proses kehamilan awalnya.

BACA: Lisa Surihani Enggan Ulas Isu Kembar, Yusry Beri ‘Hint’

“Saya tak nak kata putus. Segala-galanya pun kena cek dengan Doktor. Sekiranya tidak ada apa yang berlaku dan saya rasa macam ada kekuatan untuk melakukan apa sahaja, dan sebab itulah saya tak nak ada kata putus lagi”

“Untuk masa sekarang saya memang tak melakukan sebarang penggambaran filem sebab nak berhati-hati, tapi Yusry hari itu bagi team production masuk dan melakukan penggambaran di rumah. Katanya nak bagi saya supaya tidak terlalu rindu untuk berlakon dan melakukan penggambaran,” tambahnya.

Lisa turut memberitahu bahawa baru-baru ini, suaminya Yusry telah memberikan ‘hint’ dan pelbagai persepsi telah timbul apabila ada yang mengatakan bahawa dia bakal melahirkan anak kembar dan sebagainya.

“Dia (Yusry) kata ‘Insha Allah tahun hadapan kita akan menyambut bertiga’ bersempena dengan majlis ulangtahun perkahwinan kami itu sahaja,” jelasnya. (rtky/hfz)