fbpx

Linda Onn Sertai Twitter, Jadi BFF Awal Ashaari & Scha al-Yahya

Sebenarnya akaun Twitter Linda Onn telah wujud sejak May 2009 tetapi baru semalam Linda Onn baru betul-betul aktif menulis.

Sepanjang hari ini, Linda Onn banyak bertanyakan tentang cara sebenar guna Twitter kepada kawan-kawan artis dan juga peminat yang mengikuti beliau.

Antara rakan artis yang rajin membantu adalah Awal Ashaari & Scha al-Yahya — mungkin kerana merasa mereka berada di’pihak yang sama.

Al-kisahnya hari ini juga, Linda Onn ada menawarkan peluang kepada sesiapa yang teringin mencuba aktiviti lasak dengan ATV (All-Terrain Vehicle) Sabtu ini. RM170 yuran’nya.

Awal Ashaari & Scha al-Yahya yang secara rasmi menjadi BFF Linda Onn pun mahu mengikut sama tetapi masa & jadual mereka tidak mengizinkan.

Linda Onn dengan hati yang terbuka menjemput mereka untuk merancang aktiviti ATV ini di’masa lain & melibatkan mereka bertiga. Soalan kami, tidak mahu jemput Fahrin Ahmad?