Baru saja menimang cahaya mata ketujuh, penyanyi Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia dan isterinya Datin Zai Izzati membuat keputusan untuk ‘tutup kilang’.
Memetik Astro Gempak, Jamal berkata dia dan isteri membuat keputusan untuk mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL).
BACA: Jamal Abdillah Timang Anak Ketujuh Pada Usia 66 Tahun
Jamal berkata keputusan itu diambil bagi mengelakkan risiko tinggi jika hamil lagi apatah lagi isterinya sudah menjalani proses melahirkan secara Czer sebanyak lima kali.
“Saya sebenarnya dah buat keputusan dengan isteri saya untuk mengikat salut peranakan. Maknanya tidak ada lagi, selepas ini tak ada anak lagi.
“Saya rasa dah cukup, lagipun isteri juga melahirkan secara czer sebanyak lima kali. Saya dan dia risau juga, takut kalau kali keenam czer juga takut pula. Alhamdulillah semuanya sempurna,” katanya.
Minggu lalu, Jamal dan isteri selamat menimang cahaya mata kelima mereka bayi perempuan yang diberi nama Magdalena Yamani.
Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani atau Zack, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 3 dan Rahil Laura Salsabila Yamani, setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu Jamal dikurniakan dua anak lelaki yang juga penyanyi, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
SUMBER: Astro Gempak