fbpx

Sejak di’lancarkan sekitar Ogos 2010 yang lalu, Levi’s® Curve ID telah membantu lebih satu juta orang wanita menemui ‘jodoh’ mereka dengan sepasang jeans yang benar benar mempamerkan identiti sebenar diri mereka.

Yang lebih penting, jeans yang dilahirkan dengan teknologi Levi’s® Curve ID berjaya menampilkan kecantikan tubuh badan sebenar.

Semuanya adalah kerana Levi’s® Curve ID lebih menumpukan kepada bentuk badan seseorang berbanding saiz yang biasa menjadi ukuran apabila memilih jeans yang sesuai.

Levi’s® Curve ID terhasil selepas mengkaji lebih 60,000 imbasan badan dan mendengar kepada pelanggan wanita mereka dari seluruh dunia.

Koleksi Baru Levi’s® Curve ID: Bootcut Skinny

Dan, untuk koleksi jeans anda seterusnya Levi’s® Curve ID memperkenalkan barisan Bootcut Skinny yang merupakan hasil rekaan lebih terperinci.

Mengekalkan hasil kerja tangan & keaslian yang sinonim dengan jenama jeans terkenal ini, koleksi ini menampilkan gaya estatik lebih bersih.

Untuk wanita moden seperti anda, kunci utama untuk kelihatan lebih chic dan anggun musim ini adalah dengan menggayakan jeans dari barisan Levi’s® Curve ID Bootcut Skinny.

Jangan bimbang kalau anda fikir Bootcut Skinny ini bakal menyerupai apa yang anda lihat sekitar 30 tahun dahulu kerana koleksi baru ini masih mengekalkan ciri ciri klasik tetapi lebih seksi dan moden.

Selari dengan idenditi Levi’s® Curve ID yang mementingkan bentuk badan daripada saiz yang sudah lapuk, anda boleh memilih gaya Modern (mid rise) atau Classic (high rise) yang merujuk kepada kedudukan garis pinggang pilihan dan citarasa anda.

Berminat untuk memiliki koleksi Levi’s® Curve ID Bootcut Skinny? Ia’nya kini berada di butik Levi’s® seluruh negara. Hanya datang, ukur tubuh badan anda dengan pakar jeans Levi’s®, dan mereka akan cadangkan potongan terbaik untuk anda. Koleksi bermula dari RM209 dan ke’atas.

Inginkan yang terbaru berkaitan Levi’s® Curve ID, anda wajar ikuti perkembangan mereka di Facebook facebook.com/levis & melalui Twitter (@LevisMY) atau laman web rasmi mereka www.levi.com.my :)