“Letak Suami Di Tempat Yang Betul, Hormati Dia” – Neelofa

Selebriti terkenal, Neelofa berkongsikan pendapatnya mengenai peranan isteri dalam rumah tangga dimana perlu meletakkan suami pada kedudukan paling tinggi.

Menerusi satu podcast, Neelofa berkata suami perlu diletakkan di tempat yang betul meskipun seseorang isteri itu berkerjaya serta mempunyai harta yang banyak.

BACA: Neelofa Sifatkan Aisyah Aziz Seorang Lemah Lembut

“Bila seseorang isteri meletakkan suaminya di tempat yang betul, maka senang untuk dia memahami apa yang dia kena buat. Sekarang ramai yang melangkah masuk rumah tapi dia masih bawa status sebagai seorang bos atau pun dengan memiliki harta yang banyak.

“Jadi bagaimana awak mahu mendengar cakap suami? Macam mana awak nak minta keizinannya? Kata mereka, ‘kenapa saya nak minta keizinan, kalau aku boleh buat semua benda sendiri?’ Tetapi dalam Islam kena minta izin daripada suami sebelum keluar rumah atau buat sesuatu perkara,” katanya.

Sementara itu, Neelofa turut berkata isteri harus menghormati suami dari segi tutur kata kerana anak-anak akan melihat apa yang dipaparkan oleh ibu bapa mereka.

“Cara percakapan pun mestilah seperti dengan seseorang yang kita hormati. Memanglah zaman sekarang orang menganggap suami mereka seperti ‘bestie’ (kawan baik ) tetapi kena ada satu lapis hormat yang kita letakkan.

“Terutama bagi yang ada anak, apabila mereka melihat perhubungan ibu bapa seperti itu maka mereka juga akan ikut dan meneruskan dengan cara yang sama.

“Tetapi bila seorang isteri ada perasaan hormat kepada suami, bercakap dengan cara yang baik, minta izin, sediakan keperluan suami, jadi anak-anak pun akan melihat. Seperti kita melihat mak ayah kita dulu,” katanya.

×