fbpx

Lepas Ini Tak Perlu Guna Kertas, IWK e-Bil Je!

Sebagai manusia, kadang-kadang kita ni alpa dengan kenikmatan alam sehingga terlupa bahawa ciptaan Tuhan ini sepatutnya kita lindungi.

Segelintir di antara kita mengambil mudah dengan kesegaran tumbuhan hijau atau yang paling teruk, merasakan pokok besar adalah sesuatu yang memudaratkan dan perlu ditebang. Ada pula yang merasakan pokok-pokok besar ini menyusahkan kerana sering terpaksa membersihkan daun-daun kering yang berguguran.

Hakikatnya, kajian telah membuktikan bahawa tumbuhan hijau dan pokok-pokok mempunyai nilai penting dalam menjamin kelestarian persekitaran dan kesihatan manusia. Apatah lagi, pokok-pokok di dalam bandar, ianya perlu dipelihara dengan baik. Penebangan pokok kadang kala bukanlah satu menjadi satu-satu jawapan terbaik.

Dengan adanya kehidupan pokok-pokok terutama di dalam bandar, ianya bukan sahaja dapat mengindahkan sesuatu kawasan, tetapi pokok juga dapat memberi teduhan dan paling penting dapat mengurangkan pencemaran udara dan bertindak sebagai agen penyerap karbon.

Kajian saintis membuktikan bahawa satu ekar tanah yang dilitupi pokok mempunyai kadar pelepasan oksigen yang mampu menampung keperluan seramai 18 orang selama setahun.

Selamatkan Bumi Dengan E-bil

Sekarang, dah faham kan kepentingan pokok? Tapi, tahu tak korang sebanyak 24,516 pokok ditebang hanya untuk mencetak 12.8 juta keping kertas bagi mengeluarkan bil perkhidmatan pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd. Itu baru bil IWK, bayangkan kegunaan kertas yang kita gunakan harian. Banyak, kan?

Tapi jika korang semua boleh beralih ke bil elektrik atau e-bil, bayangkan bilangan pokok yang dapat diselamatkan!.

Jadi, sempena dengan Hari Bumi Sedunia yang disambut baru-baru ini, tak salah kiranya kita menjadi warga bumi yang bertanggungjawab dengan menukar kepada e-bil IWK bagi mengurangkan penebangan pokok berlaku hanya untuk mencetak bill hardcopy korang.

Dengan adanya IWK e-bil, dapat juga korang tahu bil penggunaan korang on the spot, dan yang paling penting e-bil korang ni takkan hilang atau mudah kabur seperti hardcopy bil korang sebelum ini.

Jadi apa tunggu lagi? Kita e-bil jer!

Ingat! Semakin kurang kertas dicetak, semakin banyak pokok yang boleh kita selamatkan.

Ha sebelum kami terlupa, korang jangan lupa follow Facbook, Instagram, Twitter dan Tiktok IWK untuk rebut hadiah lumayan sempena peraduan Hari Bumi Sedunia.