fbpx

Leona Percaya Diri Layak Untuk Lelaki Baik

Baru-baru ini, perkongsian Kasih Iris Leona di Twitter menjadi perhatian apabila meluahkan rasa sedih apabila bekas kekasihnya dipercayai sudah bertemu pengganti.

 Menerusi perkongsian itu juga, Leona turut meluahkan rasa kecewa begitu mudah bekas teman lelakinya itu menggantikan wanita lain di dalam hatinya.

BACA: Bekas Kekasih Dah Jumpa Pengganti? Netizen Beri Kata Semangat Kepada Leona

Terbaru, perkongsian Leona sekali lagi menjadi bualan dimana dia percaya bahawa dia layak untk mendapatkan seorang lelaki yang lebih baik.

Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berharap personaliti media sosial itu bertemu dengan pasangan lebih baik serta meminta agar fokus pada pelajaran terlebih dahulu.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen memerli status Leona itu dengan bertanyakan adakah dia gadis yang baik, serta ada yang meninggalkan komen mengatakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

Terdahulu, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman itu kini berada di United Kingdom, London untuk menyambung pengajian di sana.