fbpx

Leona Dah Sampai UK, Netizen Kata Masih ‘Terbuka’ Walaupun Sejuk

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Umum mengetahui, Leona sudah pun berlepas ke United Kingdom, London untuk menyambung pengajian di sana bersama kembarnya.

BACA: “3 Tahun Cukup Untuk Leona Balik Dengan Imej Baru, UK kan Sejuk” – Azhar Sulaiman

Terbaru, Leona ada memuat naik fotonya ketika berada di sekitar kota London. Menerusi foto itu, Leona dilihat mengenakan dua lapis baju bersama skirt yang mendedahkan bahagian pehanya.

Perkongsian foto itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur pemakaian Leoan tetap sama meskipun berada di UK yang diketahui terkenal dengan cuaca sejuk.

Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat supaya menjaga diri di sana apatah lagi tempat baru untuknya.

Terdahulu, Azhar berharap anaknya itu akan tampil dengan imej baharu sebalik pulang ke Malaysia selepas 3 tahun disana.