Sejak semalam, tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki dikatakan mirip pelakon terkenal sedang berhibur di kelab malam sambil bercumbu dengan seorang wanita.

Difahamkan, video tersebut telah dimuat naik seorang pengguna Twitter yang juga merupakan teman lelaki kepada wanita dalam video berkenaan.


Menurut lelaki tersebut, teman wanitanya itu tidak mengaku dia berlaku curang meskipun video itu telah didedahkan.

Bukan itu saja, lelaki itu memaklumkan pelakon tersebut ada menghantar mesej kepadanya supaya memadam video berkenaan kerana bimbang imejnya akan terjejas.

“Pelakon terbabit hubungi saya dan meminta untuk memadam hantaran berkenaan sebab dia ada imej yang perlu dijaga dan kata dia tak ada kena mengena dengan wanita itu. Wanita tu adalah wanita yang mabuk,” tulisnya.


Bagaimanapun, lelaki tersebut enggan berbuat demikian memandangkan wanita tersebut sememangnya mahu menjadi popular, malah turut mendedahkan akuan Instagram wanita itu.

Difahamkan, selepas pendedahan berkenaan akaun Twitter lelako itu diletakkan dalam mood private.