fbpx

Baru-baru ini tular video memaparkan penyampai radio dan pelawak, Johan berkongsikan tips untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga menjadi perhatian netizen.

Menerusi video di TikTok itu, Johan bekongsikan ada dua rahsia untuk memastikan rumah tangga bahagia dimana suami perlu tahu bahawa kaum wanita sentiasa betul dalam apa jua perkara.

BACA: Ozlynn Puji Johan Hensem Berimej Botak

@johanrajalawaak

??? #johanozlyn #fyp #foryou #foryourpage #fypp

? original sound – johanrajalawaak – johanrajalawaak

“Ada dua sahaja, kalau korang dengar ada 10 ke semua tipu! Lelaki semua dengar. Yang pertama kau kena tahu perempuan selalu betul! Yang kedua, kalau kau rasa kau betul, tapi kau bergaduh..kau sepak diri kau, kau tengok balik nombor satu. Perempuan selalu betul,” katanya.

Perkongsian Johan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan tips berkenaan malah ada yang bersetuju. Malah, ada yang mengucapkan terima kasih kepada Johan kerana memahami kaum wanita.