“Lelaki Kaya Macam Mana Pun, Perempuan Kena Pandai Cari Duit”

Pelakon jelita Rozita Che Wan berkongsikan nasihat kepada anak perempuannya, Aaishah Dhia Rana supaya belajar memasak biarpun setinggi mana tahap pendidikan seseorang perempuan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta dilihat sedang memberi tunjuk ajar kepada anaknya ketika berada di dapur.

BACA: “Che Ta Masih Belum Bayar Hutang MARA RM443,392…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Belajar tinggi mana pun tetap kena masuk dapur, Aaisyah. Kalau tengah malam, kot lah jadi bini Perdana Menteri pun, kalau laki lapar, nak minta buat Maggi pun takkan nak tolong mak hang,” katanya.

Sementara itu, Che Ta turut menitipkan pesanan meskipun berkahwin dengan lelaki kaya atau berharta, wanita harus berdikari serta pandai mencari pendapatan sendiri.

“Lelaki kaya macam mana pun, perempuan kena pandai cari duit. Dengar Aaisyah!”katanya.

Untuk rekod, Rozita mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana kini berusia 11 tahun.

×