Kami dambakan kemanusiaan. Kami dambakan kemanusiaan. Oh oh.

Ada antara kami yang garu kepala & kebingungan dengan berita yang di’bawakan oleh sebuah agensi berita Amerika Syarikat ini.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali dengan nickname SAL9000 di’katakan telah jatuh cinta dengan ‘teman wanita’ dalam permainan video & merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan di Tokyo.

Oleh kerana ‘teman wanita’ beliau tidak wujud, SAL9000 membawa Nintendo DS miliknya ke Guam untuk upacara perkahwinan rasmi & berbulan madu.

Majlis meraikan perkahwinan beliau di Tokyo akan di’pancarkan terus menerusi internet. Nama permainan video tersebut ialah ‘Love Plus’.

Love Plus adalah satu permainan video di’mana anda di’beri tugas untuk menjaga ‘teman wanita’ maya anda sebagaimana teman wanita dunia nyata.