Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata pertuduhan yang dihadapinya tidak mengganggu aktiviti hariannya sebagai seorang selebriti serta menyifatkan ianya warna dalam kehidupan.
Memetik mStar Online, meskipun adakalanya ‘warna’ tersebut tidaklah indah namun dia nikmatinya dalam kehidupan.
BACA: Sharnaaz Ahmad Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk, Tendang Penghuni Kondominium
“InsyaAllah tiada apa yang menggangu kerja harian saya dan apa yang berlaku adalah warna dalam hidup yang perlu dilalui.
“Jadi kita kena nikmati sahaja warna-warna kehidupan itu walaupn warna itu kadang-kadang tak elok, kita harung sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz menyifatkan pergaduhan yang berlaku pada Jun tahun lalu adalah perkasa asas bagi seorang lelaki.
“Bagi saya, ini basic sebab benda ini lelaki sama lelaki, kita semua ada angin kita. Lelaki ini gaduh dia lain. Hari ini gaduh, esok dia berkawan baik,”katanya.
Terdahulu, Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium Jun tahun lalu.