“Lelaki Elok Kahwin 32 Tahun, Wanita 28 Tahun” – Dr Sheikh Muszaphar
Berkahwin pada usia 38 tahun, angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata situasi dirinya dianggap sedikit lewat untuk membina keluarga ketika itu.
Kata Dr Muszaphar lagi, dia berkahwin lewat disebabkan banyak perkara. Kini usianya sudah mencecah 49 tahun dan masih berusaha untuk membesarkan anak-anak yang kecil.
BACA: Anak Selamba Lompat Atas Kereta BMW, Netizen Puji Kesabaran Dr Sheikh Muszaphar
“Saya berkahwin pada umur 38 tahun, dan sekarang ketika umur saya 49 tahun saya masih berusaha membesarkan anak-anak kecil yang berlari-lari sekitar rumah,” katanya.
Menerusi satu perkongsian, Dr Muszaphar meletakkan usia 32 tahun merupakan umur terbaik bagi seseorang lelaki, manakala wanita pula berusia 28 tahun untuk mendirikan rumah tangga.
Menurut Dr Muszaphar, peringkat usia tersebut adalah tempoh terbaik dari sudut kewangan dan emosi seseorang individu untuk membina keluarga.
“Saya sentiasa berpendapat usia terbaik untuk seseorang lelaki berkahwin adalah pada usia 32 tahun dan wanita 28 tahun.
“Namun, anda tidak akan pernah bersedia sehinggalah anda mengambil keputusan untuk ‘settle down‘,” katanya.
Tu laa rugi tangguh2 kwin walaupun dah mampu. Aku dulu kwin umo 9 tahun laki aku 12 tahun skang anak nmpk lg tua dari kami laki bini tau…
Haha coming from someone who treats her wife as a baby machine. Gross. Astronaut with zero contribution.
Utk lelaki:-
Bermaksud kluar dari universiti dlm lingkungn umur 25 tahun lah dan bkerja dlm 7 tahun jdi umur = 32.
..klau mcm tu masa di universiti byk tu pompuan2 yg sbya..so boleh tahan ke godaan.
..melainkan umur bini sbya dgn lelaki.
..wanita 32 dan lelaki 32..
..tapi bukan bkerja sebumbung..di tmpt kerja pun mcm2 godaan dan cabaran.
..cobaan semua tu…takut tergoda dgn org lain.
Utk wanita:-
..kluar universiti umur 25. Pgalaman kerja 3 tahun. Bakal laki pulk mesti yg mcm di atas tu umur, masalahnya zmn skrg ni ssh ada yg setia dgn satu.
Melainkan masing2 trauma nak kawen awal sbb lihat sejarah kluarga yg teraniya dgn psangn.
Ada taw mcm ni manusia, takut nk mnikh awal sbb byk yg berantakan.
Emoji- Aku mata ke atas sambil dahi berkerut dn memikirkan masalah ni.
Betul tu Dr.. Tapi zaman sekarang ni ramai gatai kahwin awai tp susahkan mak pak. Dah kahwin pun duduk rumah mak pak lagi. mak pak la tanggung makan anak menantu phuiii.. pastu tayang megah kat ig bajet kaya hipsturrr. Pasai anak? tu toksah cakap aihhh.. laki bini dok gaduh pasal jaga anak sebab masing2 nak main fon.. nak p bercuti dengan kawan dan sewaktu dengannya. Berlagak macam bujang!!! pastu mak pak mengadu kat jiran pasal anak menantunya hahahaha. adoi, nak tergelak tengoknya. tak malu ke wahai anak mudi oi?? jiran2 tahu perangai hampa..
Lantak la org punya life ko saper..jodoh allah yg tetapkan ada kawin muda pun besok cerai berai …zmn sekarang ni 40an pompuan pun boleh beranak lagi. Ni bukan zaman opah2 ko 30an jew mesti anak berderet cam sardin cam ko!
Zaman sekarang org dah tak beranak byk2 atau terhegeh-hegeh kawin awal.
Take your time gais lain kalu ko dah bunting kan anak dara org….ingat besok maid /nursery jugak yg jaga lepas tu anak2 buas serahkan responsibility pd cikgu tolong disiplinkan….
Why? Sbb parents byk tak matang tak bersedia :((
Kawin ni bukan kira umur tapi kira persediaan kita ..bersedia ksh untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pasangan Ada orang 40an pun masih failed. Harap duit bini nafkah batin je full tapi nafkah lain2 miss..terutama lelaki. Buat anak pandai duit dapur pun macam chipsmore kejap ada kejap tak de. Mana bini tak muncong. Age is irrelevant.
melayu kan….kawin..kawin .. kawin..bab tu mmg cekap dan cepat lah…
Muda kawen pun ok..klau bercerai apa risau..warga asing byk ma…ade yg kekal dan jdi kyo lepas tu..sapa tau ma.itu jodoh la..jodoh la.
Hidup semua orang berbeza. Angkasawan niy maksudkan diri dia sendiri. Dia dah tua. Tapi anak kecil ramai. Dia nak anak ramai. Tapi kesedaran dia untuk kahwin tuh lambat. Bila nak menuju umur 40an dia penat jaga anak kecil yang tak reti duduk diam.
Kau orang kalau kerja bagus, pendapatan cukup. Mak Bapak kau orang kaya. Silakan. Kahwinlah awal. Lagi lagi yang nak anak ramai.
Kalau kau orang kerja biasa, tanggung Mak Bapak dan adik beradik. Sabar dulu. Kerja elok. Kumpul duit slow slow. Jaga kesihatan. Dah masuk 40 an pon boleh kahwin. Tapi jangan buat anak ramai. 2 orang maksimum. Tak penat jaga. Laki kejar seorang. Bini kejar seorang.
Yang penting rancang kewangan. Suami dan isteri mesti ada simpanan emergency sendiri. Sebab masa mula COVID-19 dulu. Banyak keluarga bercerai. Ada masalah kewangan. Kena buang kerja. Hidup susah.
Kau gaduh lah pasal jodoh orang. Tak dapat apa pon!
Bebawang army yang bijak. Marilah kita kecam dan tekan PM, Menteri Kewangan dan KWSP agar segera luluskan 10K one off KWSP tanpa syarat for the last time!
Isu tengah panas kena bersuara. Najib dah rayu tuh. Marilah kita support ramai ramai. 10 ribu seorang dapat. Lagi untung daripada kecam dengki kebahagiaan orang yg cuma dapat dosa.
Jadilah bawang yang bijak gais! Kemon! Mari pergi Facebook pihak berkaitan. Tuntut duit 10K. Kalau Najib minta maksudnya kerajaan mampu. Sebab itu KWSP DUIT RAKYAT! Bukan hak kerajaan.
Tu pndgn dia. Timeline org lain2. Dah timeline dia kawin Umur 38. Ada org umur camtu anak dah bsr2 ,dah msk u. Ada org umur 38 dah 10 taun kawin tapi sorang anak pun tak Dak. Ada org umur 38 tapi still tak kawin lagi. Dan jgn lupa ada gak org umur 38 tu dah tak Dak dah kat dunia ni. So, tu semua ikut timeline msg2.
Apa sumbngan dia…ni je ke..
Anak dia ramai, tu yg stress nak jaga..honestly speaking, zaman skrg ni bila dua2 husband and wife berkerja, takde masa dan energy yg byk utk jaga anak2..pasal tu ramai yg hantar anak masuk asrama..
Apa yg dia ckp tu bagus jek jgn kwin lewat sngt nnt ko dah tua umur dah pencen baya atok dah x sihat anak2 masih kecil ko terpaksa sara mrk sdgkan org umur 50 series dah rilek lyn cucu dah boleh enjoy live tanpa stress pikir anak remaja tngh naik buat perangai pelik2!
Aku kwin umur 23 lps itm tahun 90, skang anak yg tua dah 30 ada 2 cucu, anak no 2 dok jepun bini jd doktor pakar di hskl, anak no 3 masih belajar amik master di UK, anak bongsu umur 21 tahun tngh study di UIA. Nnt umur 60 aku pencen laa. Hubby aku pun dah nk pencen setahun dua ni bdn pun dah x sihat
berjuta2 duit rakyat hantar anak datuk ini ke angkasa. hingga hari ini tak nampak pun hasilnya dan kesungguhannya untuk berbakti hasil berjuta2 itu
nanti kalau cerai…please come out this article again…. #plsbethankful
Kalau bebird dh naik, nk tggu smpai umo 32 thn jgk ke datuk?