fbpx

“Lebih Selesa Buka Tudung Bila Dengan Keluarga”

Baru-baru ini kecoh seketika apabila Fathia Latiff dilihat membuka tudung ketika duduk bersebelahan dengan seorang jejaka yang didakwa sebagai kekasihnya. Enggan dirinya terus dikecam, Fathia menafikan status jejaka itu dan menjelaskan dirinya selesa tidak bertudung ketika bersama keluarga.

BACA: Fathia Latiff Nikah Hujung Tahun Ini?

“Lelaki yang berada di sebelah saya itu bukanlah kekasih saya seperti didakwa netizen dalam satu portal hiburan yang memuat naik gambar terbabit. Dia adalah salah-seorang saudara saya. Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir”

“Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung. Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu memakai tudung. Daripada mengecam, lebih elok mendoakan saya,” katanya kepada portal Malaysian Digest.

Menerusi laporan Harian Metro, Fathia turut memohon maaf andai tindakannya yang membuka tudung tidak disenangi peminat. Namun jelasnya lagi, beliau tidak mengetahui bagaimana gambarnya tidak memakai tudung ketika meluangkan masa bersama saudara boleh tersebar ke laman sosial. (rtky/w)