Lebih Sebulan Tak Jumpa, Shuk Buat Kejutan Ke Sabah Jumpa Anak-Anak
Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.
Seperti semua tahu, Sera bersama dua anaknya menyambut raya di Sabah dan tidak beraya bersama Shuk. Terbaru, Shuk ada memuat naik video di Instagram memberitahu bahawa dia sudah sebulan lebih tidak berjumpa dengan anak-anak.
BACA: Walaupun Tak Raya Bersama, Rossa Sera Pastikan Anak Pakai Sedondon Dengan Shuk
Terlalu rindukan kedua anak-anaknya, Shuk berkata dia mengambil keputusan untuk membeli tiket ke Sabah awal pagi semalam tanpa sebarang perancangan.
View this post on Instagram
“Sebenarnya dari awal puasa lalu anak saya Ain dan Aimi ke Sabah dan beraya di sana. Lebih sebulan juga saya dah tak berjumpa mereka. Saya sangat rindukan mereka.
“Jadi pagi ini (semalam) saya bangun, tanpa sebarang perancangan saya terus gerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), saya beli tiket ke Sandakan, saya nak buat kejutan untuk Ain dan Aimi,” katanya.
Menerusi video dikongsikan, kelihatan kedua anaknya berlari menuju ke arah Shuk sebaik sahaja melihat bapa mereka.
Diruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut. Kata netizen, kasih sayang ayah dan anak-anak hingga ke akhir hayat.
Dalam pada itu, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan jika sayangkan anak sebagai bapa tidak akan melakukan perkara yang melukakan hati mereka.
Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana.
annoying!
lantak kaw la labu… tapi aku terbaca la pula berita kaw yg sendu nih… sendiri ada otak, fikir ler, badan,muka …dah berbulu.. pandai ler fikir halal haram yer tenuk :-P
P la syifa, ikhtiar dgn perubatan Islam. Mana la tau kot jd mcm ni sb ditmbhkn mk esah smpai mcm susah nk insaf dan bertaubat.
wajib rekod video upload socmed tunjuk dia sayang anak kononnya. padahal raya dh dekat sebulan
kata aritu jgn tayang life kt socmed..kau pn same je.