fbpx

Lazada Dah Payung OPPO Reno6 Pro, Siap Dapat Hadiah RM1,099 Lagi!

OMG geng! Lazada dah payung OPPO Reno6 Pro lah , lepas ni boleh beli online jer. Yang pasti beli di Official store OPPO di Lazada dapat barang original. Takkan tak nak?

Sebab apa kami kata original, sebabnya OPPO bekerjasama dengan Lazada untuk memudahkan korang beli telefon secara mudah. Just klik klik OPPO Reno6 Pro sampai depan rumah. Musim COVID-19 ni elok lah beli barang dalam talian. Selamat pun selamat.

Tapi, bukannya korang klik klik hari ni esok barang sampai depan rumah. Korang kena lah pre order dulu di Lazada. 17 Ogos ini OPPO Reno6 Pro dah start launched dengan harga RM2,999 jadi korang boleh lah cepat-cepat grab. Ada dua pilihan warna yang korang boleh pilih sama ada biru dan kelabu.

Paling best bila korang pre order di Lazada, korang boleh dapat pelbagai hadiah menarik sehingga RM 1,099! Antaranya korang boleh dapat Enco Air TWS earbuds yang baru dilancarkan, Marshall backpack, 1TB Hey Tap Cloud Storage, OPPO Care one-year screen protection dan banyak lagi lah.

Bukan tu jer yang korang boleh dapat bila buat pre order di Lazada. Korang siap boleh add on barang dengan harga yang paling murah lagi termasuklah OPPO Enco Buds yang korang boleh dapat dengan harga RM1 dan OPPO Enco Air dengan harga RM29. Best kan?

Ha sebelum kami terlupa, korang yang selalu guna Standard Chartered credit card akan dapat potongan harga sehingga RM100!

Cabutan Bertuah

Bukan itu sahaja, sebagai meraikan pelancaran OPPO di Lazada, korang boleh menyertai cabutan bertuah, dengan produk Marshall yang akan dimenangi:

• 1x Marshall Stanmore II bernilai RM 1,999

• 4x Marshall Emberton bernilai RM 799 setiap satu

• Beg galas 2x Marshall Crosstown berharga RM 399 setiap satu

Setiap pembelian OPPO Reno6 Pro dalam tempoh pre order bermula 17 Ogos hingga 23 Ogos ini akan berikan korang peluang untuk rebut hadiah menarik ini. Sekali pembelian OPPO di Lazada korang akan dapat 5 penyertaan untuk sesi cabutan bertuah.

Jadi korang kena cepat-cepat rebut peluang keemasan ini. Sebelum tu meh kami payung dulu apa menariknya OPPO Reno6 Pro ni.

Bokeh Flare Portrait Video


Bokeh Flare Portrait OFF

Bokeh Flare Portrait ON

OPPO Reno6 Pro dikuasakan oleh algoritma AI, yang mengandungi tiga model AI yang berbeza sekaligus dapat membezakan subjek manusia dari latar belakang sehingga dapat mencerahkan subjek dan mengaburkan latar belakang secara automatik, dan meningkatkan titik cahaya.

Paling best fungsi ini tersedia untuk video bagi kamera hadapan dan belakang. Best lah lepas ni buat video ada effect bokeh. Kalau telefon pintar lain hanya untuk foto jer. Contohnya kalau pada waktu malam tu video korang di pasar malam ke, terowong, pemandangan pada waktu malam, pantulan cahaya bunga api ke korang boleh lah jadikan gambar cahaya tu sebagai bokeh.

AI Highlight Video

Telefon pintar OPPO kali ini dilengkapi dengan Ultra Night Video Algorithm dan Live HDR Algorithm.


Ultra Night Video Algorithm dapat meningkatkan kecerahan secara automatik, menyesuaikan nisbah kontras, mengekalkan perincian warna (terutamanya bahagian gelap), mengurangkan kebisingan gambar, dan meningkatkan kejelasan keseluruhan video.

Highlight Video Off


Highlight Video On


Manakala fungsi Live HDR Algorithm dapat menangkap lebih banyak objek dalam pemandangan cahaya latar (melawan cahaya atau matahari terbenam) terutamanya perincian di latar belakang dan mencerahkan wajah manusia.

Game Space Yang Havoc

Di bahagian game space pula korang lebih mudah mengakses permainan hanya dengan satu ketukan sahaja. Ini bermakna ia lagi pantas dari telefon pintar yang lain. Dengan adanya game space ia dapat mengenalpasti permainan yang popular dan sering dimainkan dan mengekalkan proses yang berkaitan sama ada skrin hidup atau mati.

Dengan fungsi HyperBoost 4.1 akan memastikan kadar bingkai yang stabil, penggunaan daya yang lebih rendah, dan pemanasan telefon yang lebih sedikit ketika korang bermain permainan video game.

Reka Bentuk Yang Menawan

OPPO Reno 6 Pro akan datang dalam dua skema warna iaitu biru dan kelabu. Malah, ia adalah peranti kelas flagship apabila dikuasakan cip Snapdragon 870, RAM sebesar 12GB dan storan dalaman 256GB.

Paling menarik sekali telefon pintar seberat 188g betul-betul utltra slim dengan hanya mempunyai ketebalan 7.99 mm sahaja. Betul-betul enjoy bila guna.

Kamera Yang Semakin Canggih

Reno6 Pro memiliki skrin AMOLED sebear 6.55-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. RAM daripada jenis LPDDR4x dan storan dalaman UFS 3.1 dan OPPO Reno6 Pro dikuasakan cip Snapdragon 870.

Di belakang, ia memiliki 4 kamera iaitu kamera utama 50MP OIS menggunakan sensor Sony IMX766 bersaiz 1/1.56-inci, kamera ultra lebar 16MP, kamera telefoto 13MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang kecil di sudut atas skrin.

Sitem Pengecasan Pantas

Tenaga yang digunakan oleh bateri berkapasiti 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 melalui port USB-C. Hanya 30 minit sahaja masa diperlukan untuk bateri pada OPPO Reno6 Pro penuh.

Untuk pre-order OPPO Reno6 Pro ini, anda boleh klik link di bawah.
Lazada: LINK INI
OPPO Store: LINK INI