fbpx

Lavida Coin: DSV Mahu Bincang Dengan Bank Negara

Jika sebelum ini Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengeluarkan kenyataan agar berhati-hati dengan kehadiran matawang kripto, Datuk Seri Vida turut terkena tempias kerana Lavida Coin di bawah kendaliannya.

BANK: Bank Negara Umum Lavida Coin Haram

Malah dia turut berhasrat untuk memberikan matawang tersebut sebagai ganti kepada Aishah yang menjuarai Gegar Vaganza musim keempat kerana Aishah mendakwa barang kemas yang dihadiahkan oleh DSV adalah palsu.

Ditambah lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan BNM, DSV baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status matawang kripto miliknya – Lavida Coin.

“Merujuk kepada laporan media/akhbar berkaitan LaVida Coin (LVC), saya ingin menjelaskan bahawa LVC bukanlah satu skim cepat kaya atau skim pelaburan tetapi ianya berkaitan urusniaga matawang krypto yang diwujudkan berdasarkan pengalaman saya mendapat pulangan yang baik daripada urusniaga matawang tersebut,” katanya.

Selain itu Vida turut menjelaskan bahawa dia akan turut sama memberi kerjasama serta mendapatkan nasihat dan panduan daripada pihak berkuasa agar apa yang dilakukannya selari dengan dengan keperluan undang-undang.

“Pihak LVC akan mengambil tindakan wajar dan drastik dengan mengadakan perbincangan dengan pihak SC dan BNM minggu hadapan sebagaimana yang diperlukan bagi memastikan urusniaga LVC menepati kehendak pihak berkuasa dan kepentingan mereka yang terlibat dilindungi,” jelasnya lagi. (rtky/s)