fbpx

Lauk Kadang-Kadang Kurang Garam, Sofia Jane Reda Suami Order Grab

Baru-baru ini, menerusi Twitter pelakon Sofia Jane menjawab status seorang pengguna yang bertanyakan soalan mengenai keperluan ilmu memasak bagi kaum wanita.

Status itu berbunyi,’Orang perempuan sekarang tak pandai masak pun berani kahwin. Tak fikir ke perasaan bakal suaminya nanti?’

BACA: Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu, Sofia Jane Dipuji Kekal Cantik

Berkongsi pengalamannya sepanjang 26 tahun bergelar isteri, Sofia berkata sebelum berkahwin dia berterus terang sebelum menerima lamaran suaminya.

Menurut Sofia, adakalanya masakannya kurang garam namun ia dimasak dengan penuh kasih sayang, namun sempat bergurau bahawa dia reda jika suaminya menempah dari makanan luar.

Perkongsian Sofia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang  terhibur dengan status tersebut termasuk rakan artis, Susan Lankester yang turut memberikan komen.

Sofia Jane suatu ketika dahulu pernah popular dan mula dikenali ramai selepas membintangi filem Mira Edora.

Untuk rekod, Sofia Jane mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman pada 1995 pada usia 23 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.