Selepas berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini, pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella berkata dia tidak mahu lagi bercinta dengan mana-mana lelaki.
Seolah serik dengan pengalaman terdahulu, Laudya berkata dia lebih memilih seseorang yang betul-betul boleh dijadikan sebagai suami.
BACA: Media Indonesia Dedah Laudya Cynthia Bella Pernah Naik Belon Dengan Engku Emran
“Saya tak mahu lagi bercinta dan berpegangan tangan seperti sepasangan kekasih. Perbuatan itu seperti mengulangi menjadi diri saya yang sebelum ini.
“Saya sekarang tidak bercinta dengan sesiapa pun. Saya hanya mahu mengenali seseorang dan jika kedua-duanya serasi untuk bernikah, maka itu akan diteruskan,” katanya.
Terdahulu, Laudya pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Engku Emran pada September 2017. Namun pasangan itu bercerai pada Julai 2020.