Tiada angin tiada ribut, pelakon popular Indonesia Laudya Cynthia Bella heboh didakwa sudah bernikah dengan pendakwah terkenal, Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri.

Difahamkan, khabar tersebut tular di media sosial yang menyebut bekas isteri kepada Engku Emran itu didakwa menjadi isteri ketiga lelaki berusia 41 tahun itu.

BACA: Dikhabarkan Berkahwin, Laudya Cynthia Bella Umum Bersara

Menerusi hantaran tersebut, majlis pernikahan pelakon dengan pendakwah itu hanya dihadiri keluarga terdekat termasuk beberapa ustaz.

“Selamat atas pernikahan ustaz Muhammad Nuzul Dzikri, semoga makin tambah rezekinya, berkat dan selamat dunia akhirat,” tulis seorang netizen menggunakan akaun Instagram Jody Noor.

Terdahulu, Laudya pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran namun perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama tiga tahun.

×