Pelakon Lana Nodin menasihati aktres Fazura supaya berdiam diri daripada membuka aib bekas suaminya, Fattah Amin di khalayak ramai.
Menerusi komen ditinggalkan, Lana berkata tindakan Fazura itu bukan saja memalukan bekas suami tetapi anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya apabila dia dewasa kelak.
BACA: Terserempak Di Surau, Netizen Sayu Tengok Fattah Amin
“Esok budak tu dah besar, tengok buat malu je. Kata nak berpisah cara baik tapi kenapa nak kena buat penjelasan dan buka aib. Nanti bila orang buka aib kau, baru kau tahu.
Kata Lana lagi, mengapa perlu membuat penjelasan dan membuka aib jika mahu berpisah secara baik serta menasihati aktres itu jadi wanita yang matang dan move on.
“Jadi matang, diam dan ‘move on’. Allah sahaja tahu kalau kau sedih tapi bila kau buat keputusan untuk buka cerita kepada seluruh dunia, mungkin kau bukanlah mangsa. Be smart la,” tulisnya.
Semalam, selepas sah bercerai Fazura membuat pendedahan mengejutkan mengatakan bekas suaminya itu curang selain tidak memberi nafkah kepadanya dan Fatima.