fbpx

Lana Nodin Bahagia Suami Kejut Subuh, Tak Tinggal Solat Jumaat

Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa syukur dan kini di fasa bahagia apabila suaminya yang juga pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie semakin mendalami agama Islam.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik HibGlam, Lana berkata suaminya sangat disiplin dalam ibadah solat dan tidak pernah meninggalkan solat Jumaat sepanjang sembilan tahun mereka berkahwin dan meskipun suaminya berada di luar negara pasti dia akan kejutnya untuk bangun solat Subuh.

BACA: “Tak Mati Pun Kalau Batalkan Kontrak, Miskin Sangat Ke?” – Lana Nodin

“Selama berkahwin perubahan paling ketara dalam diri suami adalah daripada susah solat sekarang menjadi mudah solat. Dia juga sangat tepati waktu dan disiplin serta tidak pernah gagal ke masjid untuk solat Jumaat. Jika dia ada pertandingan di luar negara, dia akan hubungi saya untuk memastikan isterinya bangun solat subuh.

“Kami saling mengingatkan antara satu sama lain tentang solat. Pada saya ini adalah kebahagian tetapi saya jarang berkongsi perkara sebegini kerana bimbang penyakit ain,” katanya.

Sementara itu, Lana berkata suaminya mudah untuk menerima ajaran agama Islam kerana sebelum berkahwin dia pernah menetap di Abu Dhabi selama tujuh tahun.

Malah, Lana berkata suaminya juga turut mengikuti kelas mengaji Iqra bersama-sama anak sulung mereka serta turut mengikuti kelas agama.

Dalam pada itu, Lana berkata anak sulungnya, Gua Quinn kini berusia sembilan tahun juga sudah melakukan ibadah solat cukup lima waktu dan suaminya kini dalam proses belajar menjadi imam.

“Alhamdulillah, sekarang anak saya cukup solat lima waktu dan akan marah jika tidak solat berjemaah bersama daddy. Sekarang saya dalam proses mengajar suami menjadi imam dalam solat. Walaupun hanya pandai baca surah al-Fatiha dan tidak tahu surah-surah lain pada saya itu sudah memadai.

“Saya gembira dengan perubahan dia sebab cabaran paling besar untuk saya adalah membimbing suami sebab saya sendiri tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipelajari,” katanya.

SUMBER: HibGlam