Pengarah sensasi, Syamsul Yusof enggan mengulas lanjut mengenai insiden kereta didakwa miliknya berasap di tepi jalan dalam video tular baru-baru ini.
Memetik Harian Metro, Syamsul berkata kereta jenama Lamborghini miliknya itu ada di rumah serta mengakui itu adalah keretanya.
BACA: Lamborghini Berasap Tepi Jalan, Syamsul Yusof Tenang Hisap Rokok
“Kereta ada di rumah, okay sahaja. Memang itu kereta saya, tapi dah okay dah,” katanya.
Bagaimanapun, Syamsul enggan mengulas lanjut dan terus beredar untuk pulang selepas melafazkan talak satu buat kali kedua kepada bekas isteri, Puteri Sarah Liyana.
Baru-baru ini, tular video memaparkan kereta berwarna kuning keemasan itu dalam keadaan berasap dan Syamsul dilihat tenang ketika kejadian.