fbpx

Lambat Siapkan Tempahan Sejadah, Azza Elite Kecewa Dimaki Azwan Ali

Masih bersedih di atas pemergian ayah tercinta, pelakon Azza Elite berdepan dengan kata-kata ruang senang dilempatkan pengacara Azwan Ali yang berang tempahan sejadahnya lambat disiapkan.

Power! Perjuangan Anak Kepada Ayah Maka Terhasilnya Produk Hebat Ini

Kalau sebut jer tentang penyakit tiga serangkai, pasti kita akan rasa takut kan? Yelah siapa jer yang nak penyakit ini 'hinggap' pada badan kita? Tiada siapa pun yang nak weh. Anda jangan tak tahu, ada...

Baca Lagi

Menerusi satu entri di Instagram, Azza berkongsikan luahan dimuat naik oleh Azwan Ali yang memaklumkan sudah membuat tempahan sejak seminggu lalu.

BACA: Azwan Ali Tuntut Baki Bayaran, Tak Suka Dibuat Seperti Seperti Peminta Sedekah

“Kau sibuk menjahit sejadah ke? Inilah masalah orang Melayu. Duit aku berkepuk-kepuklah, sah-sah aku mampu bayar! Tak hadap percuma pun!” tulis Azwan.

Dalam entri sama, Azza meminta Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA memahami keadaannya yang baru sahaja kehilangan bapanya.

“Sampai hati dia tulis macam ni! Jangan sesuka hati maki! Sebab dah terbiasa mulut tu maki orang jadi makanan kau.

“Niat tu baik nak beli sejadah, aku bersyukur. Tapi, dalam masa sama fikir juga keadaan orang lain. Saya baru kehilangan ayah tau, jangan buat anak yatim macam ni bang.

“Jangan lupa, kematian tu dekat sangat dengan kita. Ingat Allah SWT. bang sebelum nak cakap apa-apa,” tulisnya.