“Lagu Raya Saya Tahun Ni Tak Ada Pun, Saja Sakat Korang, April Fool”

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya tampil mendedahkan bahawa dia tidak akan mengeluarkan lagu raya seperti kebiasaan pada tahun ini.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Aliff berkata teaser muzik video yang dikongsikannya itu hanya prank serta mahu menyakat pengikutnya di media sosial.

BACA: Aliff Syukri Minta Maaf, Padam Video Lagu Raya Menggeletis

“Lagu raya saya tahun ini tak ada pun, saya saja sakat korang semua. Kepada mak dan isteri saya jangan marah ya dan kepada korang semua, April Fool,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf kepada semua serta tidak mengambil serius dengan gurauannya itu dan mengucapkan selamat hari raya kepada semua.

“Maaf semua, jangan serius sangat. Hidup ini kena ‘happy’ ja. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua, yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang adalah daripada saya,” katanya.

×